Sunday, 18 March 2012

DIA

dia, seorang lelaki yang tidak ku kenali..kali pertama aku mendengar suaranya melalui telefon, aku dapat rasakan dia seorang yang baik..aku dapat nombor dia dari seorang kakak senior fakulti lain..tujuan aku menghubunginya adalah untuk bertanyakan mengenai kepentingan kamera dslr..dia sangat ramah dan mudah mesra..dia menjawab segala pertanyaan aku..tatkala aku menalefonnya lagi,dia tidak jemu memberi pendapat dan nasihat..kami mula berkenalan..walau pon kami belajar dalam fakulti yang sama,kami tidak pernah berjumpa kerana kami tidak mengenali antara satu sama lain..terdetik di hatiku ingin melihat wajahnya pada jamuan raya di fakulti aku..aku bertanya warna baju yang dipakainya..akan tetapi aku tidak berjaya menjumpainya..untuk berjumpa dengannya di lain waktu memang sukar kerana jadual aku dan jadualnya bertentangan..pada hari minggu pula,,dia selalu pulang ke rumah dek kerana rumahnya dekat dengan tempat pengajian..sehingga suatu hari, pelajar semester 1 di fakulti aku wajib menghadiri kem suai kenal bersama pelajar senior semester tiga..dan disitulah kali pertama kami bertemu..akan tetapi kami tidak sempat berjumpa kerana ketika itu pelajar semester lima juga ingin meminjam beberapa orang pelajar semester 1 untuk ditarik berlakon dalam short filem mereka..aku dan pelajar semester 1 yang lain bergilir-gilir ke tempat lakonan dan tempat kem..sehingga kem tamat..setelah masa berlalu,,di saat aku dan sahabatku sangat memerlukan kenderaan untuk keluar ke pekan..aku dengan selamba bertanya "awak ada motor tak?"dia dengan jujurnya menjawab.."ada,kenapa?"..dengan selambanya juga aku menjawab.."guna tak esok??nak pinjam keluar beli barang kat pekan jap..boleh??"dia tanpa ragu-ragu memberi kepercayaan kepadaku..keesokan harinya,,aku berjumpa dengan nya untuk mengambil kunci motor..aku dan sahabatku pergi mencari motornya di tempat yang telah diberitahu..sehingga kami terjumpa motor yang sama nombor platnya dengan nombor yang telah diberitahu..aku dan sahabatku berasa teruja kerana pertama kali ingin keluar ke pekan menggunakan motornya.."wah!cantiknya motor dia!tak takot pulak dia bagi kite pinjam..dah lah tak berapa nak kenal"..sejak dari hari itu..aku dan sahabatku acap kali meminjam motornya untuk keluar..dia sanggup memberi aku pinjam pada hari weekend walau dia terpaksa menumpang kawannya untuk pulang ke rumah..demandnya aku siap suruh dia pinjamkan dua helmet lagi..sudahlah aku tidak menyewa,,kerap pula tu meminjam..tapi aku akan pulangkan dengan tangki minyak yang penuh setiap kali aku dan sahabatku menggunakannya..sehingga pada suatu hari,,sahabatnya menjerit dari jauh ketika dia memberi kunci kepadaku.."oi,,pinjam je ke??tak bayar ape2 ke??!!"aku tersenyum dan mula terfikir..sejak dari itu,,aku akan pulang dengan membawa makanan untuknya..suatu hari,dia meminta aku mengejutkan nya setiap pagi kerana dia sangat susah bangun pagi..ternyata benar..aku akan membuat panggilan labih dari 10kali dan pernah sebanyak 60 kali..keadaan berulang sehingga hujung semester..dia mengajak aku keluar berjalan-jalan dengan nya..aku meminta izin untuk membawa sekali sahabatku..akhirnya kami keluar berempat kerana dia juga membawa seorang kawan..walaupun berempat,,aku berasa sangat segan kerana ini pengalaman pertama aku..pengalaman pertama aku keluar berjalan-jalan dengan lelaki..ye!aku tak pernah percaya pada lelaki laen sebelum aku mengenali dia..dia membuat aku percaya bahawa tak semua lelaki sama..sejujurnya,,aku tiada pengalaman bercinta di zaman persekolahan aku..aku tidak pernah melayan baik pada lelaki yang ingin berkenal rapat dengan ku..bagi aku,,mereka semua hipokrit..saja nak mengenakan aku..sejujurnya,aku mula jatuh hati padanya..aku dapat rasakan perasaan yang tak pernah aku rasakan..aku mula menaruh harapan padanya.. masuk semester baru,,dia pergi praktikal..aku ingat,,dia akan melupakan aku..ternyata tidak..dia masih menghubungi aku..pada suatu hari..ada seorang lelaki iaitu kawan kepada bf kawan ku ingin berkenalan dengan ku..pada mulanya aku berkenalan dengan lelaki tersebut hanya kerana suka-suka..tapi keadaan bertukar apabila dia ingin menjadi lebih dari sebagai seorang kawan..aku meminta masa untuk memikirkan keputusan..dan akhirnya aku membuat keputusan untuk hanya sekadar berkawan..akan tetapi,,pada hari berikutnya dia tetap meminta lebih dari seorang kawan..sejujurnya aku terima dia kerana aku tak sampai hati nak hancurkan harapannya..lagi pula, dia belajar dan tinggal di tempat yang jauh dariku..maka,,tiada risiko untuk aku terima dia..dia sangat mengambil berat tentang ku..aku cuba untuk membalas perasaannya..tapi sejujurnya,aku sangat merasa hipokrit dan aku tidak mahu memberi harapan lebih tinggi kepadanya..aku mencari alasan untuk memberitahunya..sehingga suatu hari dia menceritakan sesuatu kepadaku dan membuatkan aku mengambil keputusan untuk menjadikan ia nya sebagai alasan..hubungan kami cuma bertahan selama sebulan..aku kembali pada dia yang sedang berpraktikal..hubungan kami baik sehingga masuk semester baru.. aku sudah masuk ke semester tiga dan dia semester lima..semester ini adalah semester terakhir untuk aku berjumpa dengan nya..jadi aku mengharapkan bahawa aku tidak akan mensia-siakan semester ini..aku mula memberanikan diri untuk berjumpa dengan nya..hubungan kami menjadi lebih rapat dan mesra..ya,,sejujurnya kami tidak bercouple seperti pasangan-pasangan yang lain..kami hanya berkawan rapat..kami tidak pernah bersentuhan demi menjaga agama kami..dia tidak lagi merahsiakan persahabatan kami dengan rakan-rakannya yang lain..pada mulanya aku terkejut apabila dia menegur kawan nya ketika dia sedang berjumpa dengan aku untuk meminjam laptop aku..setelah kawan-kawannya memberi respon yang posotif,aku mula selesa berkawan dengan nya..dia selalu membantu aku dan aku akan cuba membantu dia mengikut kemampuan aku..setiap perkara yang menimpanya pasti akan diceritakan semuanya padaku dan begitu juga aku..bagi kami,,sudah tiada lagi perkara yang perlu dirahsiakan antara kami..ya,,ketika itu,,aku merasakan bahawa aku sudah menemui lelaki yang akan bersama aku mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang..aku sangat berharap bahawa dialah orang yang aku nanti-nantikan selama ini..walau ada yang cuba menghancurkan hubungan kami,,kami selesaikan dengan tenang..aku meminta dia untuk menjelaskan segalanya mengenai semua kawan-kawan perempuan yang dia kenali..sejujurnya aku mula rasa cemburu apabila dia terlebih mesra dengan kawan-kawan nya yang laen..ya,,memang aku ego kerana tidak pernah mengaku bahawa aku sudah menyayanginya..kerana aku mengharapkan bahawa dia akan faham apabila aku mula bertanya tentang kawan-kawan perempuan nya..aku tidak mahu menunjukkan rasa cemburu aku kerana aku tidak mahu dia akan merasa terkongkong dengan ku..seorang demi seorang perempuan yang datang dalam hidupnya menguji tahap kecemburuan aku..aku cuba mengabaikan semuanya agar aku tidak merasa cemburu buta..aku percaya bahawa kalau dia benar untuk ku..dia tetap akan menjadi milik ku suatu hari nanti.. sehingga masuk semester baru..aku pula pergi praktikal dan dia di semester akhir..aku masih aku yang dulu..yang masih mengharapkan dia..yang masih memberi kepercayaan aku sepenuhnya pada dia..aku mengharap bahawa dia juga sama seperti aku..kami masih berhubung seperti biasa..tak dinafikan kami mula bergaduh kerana dek jarak yang memisahkan kami menyebabkan kami mula curiga antara satu sama lain..tapi keadaan kembali pulih selepas beberapa hari..aku tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan membuat keputusan untuk melupakan segala konflik antara kami..sehingga pada satu hari aku bersama dua lagi teman mengambil cuti dengan alasan lain semata-mata untuk menghadiri event di tempat pengajian kami..dek kerana aku sudah lama tidak berjumpa dengan nya..aku berusaha juga untuk pergi ke majlis tersebut..sanggup menaiki bas berjumpa seorang lagi teman dan menyewa kereta..sesampai kami disana..aku berjumpa dengan kakak-kakak senior aku yakni kawan-kawan dia..dalam masa yang sama, mataku melilau mencari dia..aku memberi tahunya bahawa aku sudah sampai di fakulti..malangnya,,dia masih di rumah sewanya..sementara menunggu dia datang,,aku dan seorang lagi kawan berjalan-jalan melihat keadaan event tersebut dan melawat bilik-bilik tayangan..selepas waktu rehat,aku ternampak kelibatnya dan terus memanggilnya..kami berjumpa betul2 di depan tangga tempat orang lalu lalang..ketika pensyarah praktikal turun,,dia selamba memberitahu pensyarah tersebut "cik,,dia ni ponteng kerja cik..repeatkan sem dia cik" aku cuak mendengar ayat selamba yang dilontarkan nya..mahu tidaknya,,kami bertiga memang minta cuti dengan alasan lain..aku cepat-cepat mencelah "tak ponteng cik..kami mintak cuti,,bos bagi" dia tertawa melihat aku dalam keadaan cuak..nasib baik pensyarah tersebut spotting grr! seorang junior tiba-tiba datang ke kami bertiga mencari model untuk di make up kan..ketika junior itu bertanya kepada ku dia mencelah "dia dak praktikal la,,tak boleh..g cari orang lain" sebenarnya,aku baru nak offer diri..haha.. selang beberapa hari sesuatu berlaku lagi..tapi aku kuatkan hati untuk percaya pada penjelasan nya.. aku masuk ke semester lima dan dia sudah tiada lagi di fakulti..jujur aku rasa bagai kehilangan sebab tempat yang aku selalu nampak dia,,cuma tinggal bayangan..perfumenya yang selalu aku hidu cuma tinggal kesan..soalan-soalan lazim yang aku selalu tanya sudah bertukar soalan lain..dan rutin harian aku yang ditugaskan olehnya sudah tidak lagi aku lakukan..kerana dirumahnya sudah ada pengganti..aku bagai bermimpi di siang hari apabila setiap kali terhidu bau perfume yang sama dan ternampak orang yang hampir sama dengan gaya nya..ya,,aku masih ego untuk menyatakan bahawa aku merasakan semua itu..aku merahsiakan perasaanku terhadapnya selama ini kerana aku khuatir bahawa aku cuma berperasaan sendiri..aku khuatir dia akan meninggalkanku jika aku menyatakannya..ternyata dia masih menghubungi ku seperti biasa..sebulan sekali dia datang ke perlis untuk sesuatu kerja,,pasti dia akan mengajak aku keluar minum..sehingga pada suatu hari..aku dapat merasakan perubahannya..dia sudah tidak lagi seperti dulu..dia sudah tidak lagi mencari aku..aku bertanya "you are totally change..ada perempuan lain ke??" dia menjawab dengan penuh yakin "apa yang berubah??sama ja" dari situ aku mula terfikir "owh,,mungkin aku sorang je yang perasan perubahannya..mungkin aku cuma bertepuk sebelah tangan saja selama ni.."suatu hari,,aku terjumpa facebook seorang perempuan..ternyata mereka berhubungan..ternyata perasaan ku tak pernah salah..aku cuba menjauhkan diri darinya supaya aku dapat berfikir rasional..aku cuba dan terus mencuba walaupon aku sendiri sedar bahawa sangat sukar untuk aku melupakan nya setelah banyak perkara yang aku lalui dengan nya..dan sekarang aku di semester akhir,,masih lagi tidak dapat melupakanya..cuma perasaan ku sudah mula tawar..ya,,ada seseorang cuba mewarnakan hari-hari ku..tapi,,jujur aku katakan..aku tidak merasakan apa-apa selepas aku kembali ke perasaan yang asal iaitu tidak lagi mempercayai mana-mana lelaki..tidak lagi mahu membuka pintu hatiku yang pernah terbuka sekali untuk dia..ilmu apakah yang telah dia gunakan sehingga aku rasa seperti ni??aarrgghh!!sangat sakit!! hey!aku dah tak nak bermain dengan perasaan aku lagi!please jangan hairan kenapa aku sombong..

2 comments:

Ahmad Desrayen said...

bagus sekali artickle nye...tetangge serumpun numpang lewat ye, saye blogger indon :) , main juge ke blog saye and follow .. ^_^

http://onepiece-ever.blogspot.com/

*47!k@# said...

makasih ya Ahmad Desrayen! :)