Saturday, 10 December 2011

agak-agak ada sesiapa nak tak??

assalamualaikum dan salam sejahtera~

sebenarnya sudah lama saya memendam rasa..cuma saya fikir,,saya belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya atas sebab saya masih lagi seorang pelajar..takut nanti kerja tertangguh dek kerana bertindan dengan assignment dan projek2 semester..kasihan mereka yang menunggu nanti..pasti dan semestinya saya akan rasa serba salah..tapi,,saya fikir juga,,agak-agak ada sesiapa nak tak kalau saya jual doodle, header dan banner??atau kad ucapan atau watermark??berapa pula yang patut saya letak kan harga pada setiap item tersebut??patutkah saya meletak kan harga serendah rm10??atau setinggi rm50??sudah bersediakah saya untuk membahagikan masa saya demi menyiapkan satu tempahan??

sekarang saya sedang bercuti dan akan sambung semula pada 23/12/2011..saya tinggal lagi 1 semester sahaja lagi..kemudian saya akan tamat pengajian..sementara saya menunggu panggilan sambung belajar ijazah atau menunggu diterima menjadi pekerja..pasti saya menjadi seorang penganggur selama beberapa bulan..jadi saya ada banyak masa terluang..saya fikir,,jika waktu itu saya penuhi dengan membuat design untuk kalian..pasti saya seronok dan tidak merasa bosan..cuma permasalahannya,,ada ke orang nak buat tempahan dengan saya??

p/s:tolong saya,,berikan pendapat anda~

4 comments:

ZYASH said...

Mungkin ada kot..

*47!k@# said...

ZYASH:ye??harap2 adala~kan~:)nnti beraktiviti sikit ika kt umh~xdelah asyik mkn tido je..hee:)

nurhaniszamshah said...

insyAllah ada. :)

http://lalilatamplom.blogspot.com

*47!k@# said...

nurhaniszamshah:amin..tanx..:)