Thursday, 30 June 2011

kehidupan menguji kesabaran

pertama sekali ika nak ucap terima kasih sangat2 kepada rakan2 yang bertanya khabar. terima kasih sangat2 kerana selalu berkunjung di blog ika.(uish, macam syok sendiri la pula. haha.) hidup di dunia ni, semakin kita berusia, semakin banyak cabaran dan dugaan yang menguji kesabaran manusia. apa yang ika dapat sepanjang cuti semester ni adalah perkara2 yang ika tak pernah terfikir sebelum ni. pengalaman nilah pertama kali ika dapat rasakan. ika perlu menemani opah ika di kuala lumpur dalam masa yang sama ika ambil kelas memandu selama sebulan. menjaga orang yang lebih berusia dari kita bukan lah sesuatu perkara yang mudah. ia sangat2 menguji kesabaran dan iman. kita perlu belajar berkomunikasi dengan lebih lembut dan berkesan agar hati mereka tidak terguris dengan percakapan kita. orang yang lebih berusia berfikir terlalu kehadapan. mereka selalu inginkan terbaik untuk orang yang mereka sayang. sehingga mereka tidak membenarkan kita melakukan sesuatu dengan sendirinya kerana mereka terlalu risaukan kita. mereka juga ingin dimanjakan dan diberikan sepenuh perhatian. hati mereka sangat sensitif dan mudah merajuk. kadangkala perkara kecil pon boleh membuatkan mereka marah atau merajuk. manakala menjaga kanak2 pula, kita perlu melakukan segala yang mereka tidak mampu lakukan. seperti memberi makan, pakaian dan lain2. menjadi orang dewasa lebih besar tanggungjawabnya. bermaksud, mereka perlu menjaga anak2 (bagi yang sudah mempunyai anak) dan kedua ibu bapanya. perlu sabar dengan karenah anak2 dan kedua orang tuanya. anak2 yang tak tahu apa2 dan ibu bapa yang inginkan perhatian. kedua2nya sangat penting. kanak2 yang perlu kita bantu untuk menguruskan diri dan ibu bapa yang inginkan belaian dan perhatian anak sendiri.



jadi, kita sebagai anak janganlah melawan kata ibu bapa kerana mereka lebih berpengalaman dan sangat penyabar dalam membesarkan kita. mereka telah banyak berkorban demi kita. terutama ibu kita. mereka memiliki satu kekuatan yang luar biasa. ika yang muda ni pon kadang2 boleh hilang sabar macam mana ibu ika boleh bersabar. sungguh ika sangat bersyukur dikurniakan ibu yang sangat penyabar dalam mengharungi liku2 kehidupannya. cukuplah selama dua bulan, ika dapat rasakan kesabaran ika tidak dapat melawan kesabaran ibu yang membesarkan kami adik beradik di sisi opah. seorang ibu bekerja yang perlu menjaga anak2nya dan ibu mertuanya selama puluhan tahun. dan perlu menguruskan rumah tangga dan perbelanjaan kami sekeluarga. ibu memang seorang yang sangat2 penyabar. terima kasih ibu. sangat2 berterima kasih dan tabik dengan ibu. ibulah idola hatiku.



sampai ika terfikir tak nak kawen dan biarlah ika menjaga ibu sahaja dan tinggal bersama ibu menemani hari2nya. ika tak dapat bayangkan macamana keadaan ika jika di tempat ibu. ika tak dapat pastikan kesabaran ika dalam mengharungi alam keluarga bagaimana. mampukah ika bersabar dengan pelbagai karenah orang di sekelinling yang kita sayangi. dan karenah manusia2 yang lain. alam 20an yang menghampiri alam berkeluarga membuatkan ika berasa takot untuk harungi tahun berikutnya. kalau boleh nak kekal di usia ini. secara jujurnya ika belum bersedia untuk mengharungi alam dewasa. alam yang penuh dengan cabaran. alam yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. alam yang memerlukan kita lebih bersedia untuk hari berikutnya. ika perlu lagi mebaiki diri untuk mematangkan diri. banyak perkara lagi yang ika perlu belajar. bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. kesimpulannya, ika perlu belajar bersabar, belajar berkomunikasi dengan berkesan dan kemas, belajar mematangkan diri dan paling penting belajar berdikari. nak jaga kanak2 bukan senang dan nak jaga orang lebih tua juga bukan senang apatah lagi remaja yang suka memberontak. kesimpulannya, walau apapon terjadi kita kena banyak bersabar kerana sabar itu separuh dari iman.

2 comments:

dayah aziz said...

okeh sgt mnguji....sdey teramat

*47!k@# said...

huhu..xsdeyh mne pon..cume tulah..kena blaja bersbr utk hadapi masa akan dtg yg lbih mncbr..