Tuesday, 5 April 2011

dialog antara kenyataan dan andaian

si 'a' meminta bantuan si 'b' untuk membelikannye barang,, memandangkan barang yang ingin di beli si 'a' berada berdekatan dengan tempat si 'b'.. jarak antara rumah si 'b' dengan pasaraya tersebut ialah sejauh 3.64km,, manakala si 'a' berada sejauh 132.57km daripada pasaraya tersebut.. berapakah jarak antara rumah si 'a' dengan si 'b'??

haha.. dah lama tak jawab soalan2 macam ni.. sekali sekala apa salahnya kita uji minda kita dengan mecipta soalan macam ni kan?? haa,, ika dah cipta soalan.. siapa berani nak jawab?? haha.. soalan kacang je ni.. dak darjah satu pon boleh jawab.. haha..

oke,, straight to the point.. abaikan soalan.. just amek point yang ada dalam perenggan pertama tadi tu je.. mengenai kisah si 'a' dan si 'b'.. dapat kan point dia?? ceritanya berbunyi begini........


dialog antara dua sahabat..

a: awak,, tak pe lah saya tak nak menyusahkan awak.. susah2 sangat,, awak tak yah lah dapatkan barang tu..

b: tak pe lah wak,, selagi termampu..

a: terharunya awak cakap macam tu.. kesian saya tengok awak.. susah2 je usaha untuk dapatkan nya..

b: tak pe lah.. tak susah pon..

a: ni yang buat saya serba salah.. macam mana lah saya nak balas jasa awak..

b: nanti saya datang rumah awak,, saya tuntut la..

a: tapi awak,, barang tu bukan barang saya,, tu barang kawan saya..

b: tak pa lah,, dah alang2 pegi sana,, saya datang la rumah awak sekali..

a: owh oke,, datanglah..

b: saya datang bawak ramai2..

a: mak aii..

b: kenapa??

a: tak ada apa2..

b: oke,, tak datang..

a: eh,, datang je lah.. tak halang n tak halau pon..

b: tak pelah.. tau dah..

a: .............

errr,, apa maksud disebalik kata2 si 'b' ?? macam ada sesuatu bukan?? tak sangka masih ada lagi melayu yang pandai menyusun kata.. itulah pepatah ada mengatakan,, tak kan melayu hilang di dunia.. di zaman serba moden ni,, masih ada lagi melayu yang pandai bertapis.. berbunga2 ayat nya.. kemas tersusun rapi.. mungkin yang jenis cakap 'straight to the point' agak tak jelas dengan dialog di atas.. sekali baca tak perasan.. bila dibaca semula.. cuba fikirkan ayatnya..


bak kata cikgu matematik ika,, perempuan suka mengandai.. ye,, memang terbukti.. setiap perkara yang berlaku,, akan banyak andaian yang berlegar2 di fikiran ika.. adakah begitu?? adakah begini?? mungkin begitu.. mungkin juga begini.. sebab tu perempuan lebih suka cakap terus terang dan straight to the point.. "ish,, bencinye aku tengok minah tu,, tergedik2.." "weewiit,, hensemnye mamat tu,, kalau lah aku jadi awek dia" "eh2,, dia usha aku lah.. hikhik.." haha.. siapa tak ngaku?? cepat angkat tangan macam usop! kalau tak kuar di mulut pon mesti terdetik di hati kan?? haha.. "eh,, napa mak cik tu terintai2?? dia nak usha line ke?? ntah2 nak mencuri.. ee,, baik aku barjaga2.. eh,, tapi macam tengah cari sesuatu.. cari anak agaknya,, tak pon cucu dia.." see2,, banyak betul andaian nye.." bukan apa.. perempuan ni suka berfikir.. otaknya selalu berjalan..


mana tak nye,, asyik pikir pasal umah tangga,, pejabat,, risau sana sini.. "eh,, laki aku balik pukul berapa ye,, balik ni nak masak apa lah untuk laki ngan anak2 aku tu.. eh,, besday along sabtu ni,, nak bagi hadiah apa ye.. nak celebrate kene mintak cuti.. tapi keje kat pejabat banyak lagi ni.. hmm,, kain baju belum basuh lah pulak.. balik ni,, first aku kene amek angah kat nursery dulu,, pastu blablablablabla....." see,, 24 jam kan?? teringat kat mak ika,, 24 jam dia fikirkan macam2.. kadang2 sampai terbawa2 dalam mimpi.. ika dah umo 20 tahun ni pon,, dia masih fikirkan lagi "esok anak aku nak makan apa tengah hari ye.. hurmm,, aku nak masak apa pagi sok ye??" err,, ika terasa bagai kanak2 12 tahun lagi _ _ " .. maaf~

eh,, rasa nya dah terlalu jauh ika bercerita.. pada sesiapa yang suka nak jawab soalan matematik yang tahap budak darjah satu tu,, dipersilakan.. jangan malu segan.. haha.. sekian~ :)



notabawahkakiblog:
  • tawaran masih di buka lagi.. siapa nak boleh baca di SINI..
  • terima kasih pakcik google kasi pinjam gambar..
  • andaian ika dalam dialog tu,, 'adakah maksudnya nak hantar rombongan meminang??' hahaha.. mood gatai :P
  • andaian anda??

No comments: