Saturday, 16 April 2011

Public Phone Di Era Ini

waahh,, nikmatnya tidur.. alhamdulillah masih diberi hidup.. penat bangon awal pagi tadi then pegi sana sini.. lepas zohor baru dapat merehatkan mata.. sekarang baru berkesempatan mengupdate blog.. arghh.. straight to the point oke! dush2..

hmm,, apa yang ika nak ceritakan kat sini?? tadi masa on the way nak pergi beli barang order.. abang long ika nak cari public phone.. sebab kedit dah habes.. dia nak call kawan dia nak suruh kawan dia turun siap2 bila kami dah sampai umah kawan dia tu.. sambil2 kereta bergerak,, mata kami pon melilau la mencari public phone.. huu~ mana letaknya public phone pon kami tak tau.. sebelum2 ni tak penah pulak terpikir nak cari public phone.. dah jauh kami bergerak,, satu public phone pon tak jumpa.. aii,, tak kan dah tak wujud public phone dah kot.. teruskan perjalanan... ahhaa!! tu pon public phone! err,, tak ada ganggang.. (=_=)"

kami pon meneruskan perjalanan kami lagi,, mana lah public phone kat sungai petani ni..?? bia betul tak ada public phone dah.. tak kan la tak ada langsung.. huu~ aha,, tu dia..!! wah2 dah macam cari benda tersembunyi dah.. tapi terlepas lorong nak masuk (=_=)".. lama2 dah nak dekat sampai dah umah kawan tu.. ika yang baik hati dari tadi tak bagi lampu hijau.. ika pon hulurlah phone ika.. ( grr,, ape punye adik la.. baru nak bagi.. ) mujurlah dapat adik macam ika ni.. haha XD.. oke,, ika bukan tak nak bagi dari awal.. actually ika pon nak kaji jugak ada bape banyak public phone kat sungai petani ni??

ternyata yang ika baru saja jumpa hanyalah 2.. ika terfikir.. macam mana lah manusia yang memerlukan public phone masa kecemasan?? kalau semuanya ada telifon tak apa.. yang tak berkemampuan?? bagaimana pula?? dah tak wujud ke orang susah kat malaysia ni?? sampai tak mau letak public phone bebanyak kat kawasan ni?? kasihan mereka2 yang tak mampu tu,, saat mereka perlukan public phone.. ika pelik jugak.. umah ika kat kl dulu tu pon wujud lagi public phone.. masakan kedah ni tak ada?? sedihnya tengok.. kalaulah ika di tempat orang susah..

tapi kan.. bila difikirkan semula,, kenapa kerajaan dah malas nak letak public phone..?? first sebabnya adalah VANDALISME!! orang sekarang dah tak guna sangat public phone ni.. bagi manusia2 yang tak bertanggungjawab melakukan vandalisme tu beranggapan,, "ala,, bukan ada orang nak gune pon.. sume dah ada phone sendiri.. adik aku darjah satu tu pon ada phone.. aku dulu tingkatan satu baru ada phone.. puihh,, tak adil betul!".. "ala,, duit kerajaan ni duit cukai mak bapak aku bayar jugak.. suka hati akulah nak wat ape pon..!" hohoii.. amboi2.. secubit rasa megi je berkata2kan?? apa engat ko punye duit sorang je ke bayo?? abes aku ni?? haa.. jangan lah kita mementingkan diri sendiri.. fikirkan lah orang lain sama.. tak ada hati perut ke nak kasihan kan orang yang lebih susah dari kite?? mana tau suatu hari nanti menimpa diri kita sendiri..

kot la suatu hari nanti kita ditakdirkan kena rompak.. na'uzubillah.. mintak dijauhkan.. tapi bak kata pepatah.. tuah ayam nampak dikaki.. tuah manusia?? siapa yang tau?? haa,, kalau Allah tu dah kata "kun fa ya kun" maka jadilah ia.. tak ke nganga diri tu.. macam mana nak call family?? macam mana nak call polis?? macam mana nak call jiran ke kengkawan ke mintak tolong ambik kan kite yang ngah dok merempat tepi jalan.. mana nak tau tetibe rumah kita terbakar.. habes hangus tak tinggal apa.. semuanya tak dapat di selamatkan.. macam mana kita nak call ambulans dan bomba??

sepatutnya kerajaan pon ambil lah anisiatif meletak kan public phone di tempat yang sesuai.. agak2 orang nak gune ke.. kat bank pon tak de public phone.. kalau kat kl berlambak.. heran jugak ika.. hmm.. kesimpulannya,, apa2 pon yang kita nak lakukan,, jangan lah kita fikir di sebelah pihak je.. fikir sama dipihak yang lain.. mungkin kita tak memerlukan.. tapi,, macam mana pula dengan orang yang memerlukan?? jangan kita pentingkan diri sendiri.. cuba2 lah belajar bantu orang lain sama.. renung2kan dan selamat beramal.. pesanan buat diri ika juga.. sekian~ :)

6 comments:

fRaMe+LenSeS said...

vandalisme. taleh watpa la. hii.. selagi tadak kesedaran. langsung apa pn taleh wat

Khairil said...

sedih bila tengok public utilities dirosakkan oleh tangan vandalisme...
:(

*47!k@# said...

@fRaMe LenSeShuu~tulah kan (=_=)"

*47!k@# said...

@Khairilsamelah ika pon~sedeyh bila bayangkan time kite urgent nak guna public phone..:(

Khairil said...

Inilah akibatnya kalau tiada kesedaran sivik...

*47!k@# said...

@Khairil(=_=)"