Thursday, 14 April 2011

pengorbanan cinta

selamat pagi semua.. pagi2 dah buka topik cinta.. apa kes ni ika oii?? haha XD.. pagi ni ika nak share kisah percintaan dan pengajaran yang kita dapat.. ecececeh.. sapa2 yang rasa dirinya remaja je dijemput baca k.. sapa2 yang bawah umo tu,, sila buka buku sains dan pergi study.. haha XD..

alkisah tersebut la kisah,, sepasang pasangan bercinta.. ops,, ni kes dah bertunang k,, tak mau yang cintun munyet tu k.. oke,, kisahnya berbunyi begini.. layan~

sepasang bakal suami isteri ni bercinta di alam ramaja nak masuk dewasa.. mereka belajar di institut pengajian tinggi (ipt) yang sama.. akan tetapi usia membezakan tahun mereka study.. biasa la tu kan.. selalunye macam tu la.. tapi ada jugak yang bercinta dengan sama usia.. oke,, bermula dengan perkenalan dalam sebuah komuniti sehingga la ke alam pertunangan.. mereka sentiasa bersama.. sebut sahaja nama pasangan ni pasti semuanya kenal.. kerana mereka selalu bersama.. even mereka ni tak sama course dan tak sama umur.. tapi keakraban mereka sangat2 la dikenalai ramai.. baik para pelajar mahupon para pengajar..

kemana sahaja,, mereka pasti berdua.. baik kerja dalam komuniti tersebut mahupon waktu makan tengahari.. makan malam pon bersama.. indahnya cinta mereka ni adalah mereka bersama selepas mengikat janji pertunangan.. tapi mereka merahsiakan pertunangan mereka dek kerana tak mau dihebohkan.. tapi apa kan daya,, sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.. habes satu ipt tahu pasal hubungan mereka.. tapi ada juga yang tak tau.. sebab mereka tak ambil tau.. haha.. walaupon begitu,, mereka pandai membawa diri.. sekarang tengah tunggu masa yang sesuai sahaja untuk langkah seterusnya.. iaitu akad nikah.. masa yang tak mengizinkan mereka untuk membuat majlis.. almaklum la,, masing2 masih belajar.. pernah juga mereka berfikir untuk melangsungkan majlis dalam waktu ini.. tapi,, perkara tu bukan boleh dibawa maen.. macam manapula nanti pembelajaran mereka tatkala sibuk dengan keluarga sendiri.. fokus terhadap pembelajaran takot terjejas.. maka,, mereka membuat keputusan untuk bersabar menunggu masa yang lebih sesuai..

yang diluar semua tampak indah.. tapi yang didalam siapa yang tahu..? dalam setiap perhubungan pasti ada dugaan nya.. bagaimana cara untuk kita mengawalnya,, terpulang pada individu.. setiap perkara pasti ada pasang surutnya.. sedangkan air di lautan jua ada pasang surutnya,, inikan pula gelora hati manusia yang kecil ini.. tiada siapa yang tahu apa yang terjadi dalam perhubungan mereka.. keegoan merajai jiwa menyebabkan hubungan mereka bergoncang.. sedangkan adam dan hawa pon di uji,, inikan pula kita sabagai hambaNya yang kerdil ini.. jadi,, kita haruslah bersabar menempuh segala ujian yang datang..

jangan lah pula diikutkan kata hati.. bak kata bidalan,, ikut hati,, mati.. ikut badan,, binasa.. ikut nafsu,, lesu.. berfikir lah dahulu sebelum membuat keputusan.. jangan pula kita menyesal dikemudian hari.. jangan pula kita meminta sesuatu yang negatif.. takot nanti memakan diri.. dugaan itu merupakan satu ujian dari Allah.. untuk menguji kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan.. jika benar kita jujur dan ikhlas menerima pasangan kita.. maka,, insya'allah ujian ini dapat ditempuh bersama.. jangan dibiarkan perasaan mengawal jiwa,, kelak nanti rosak akal fikiran kita.. bila akal fikiran dah rosak,, macam2 la kerja yang tak masuk dek akal dilakukan..

setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. anggap la ujian tu sebagai proses mematangkan diri.. sekaligus mematangkan perhubungan itu.. apa2 pon yang terjadi,, kite chill dulu.. then kite fikir apa jalan penyelesaian yang bagus.. disamping tu kita kene lah berdoa dan meminta petunjuk dari Allah.. jangan pula kita terus membuat keputusan.. tenangkan fikiran dulu.. cari apa permasalahn sebenar.. berbincang untuk selesaikan masalah tu bersama.. ika yakin,, setiap perhubungan pasti ada ujian.. cuma ia datang dalam bentuk yang berbeza2 sahaja.. segala keputusan terletak pada setiap individu.. hanya diri kita sahaja yang dapat menilai perhubungan itu.. jangan pula kita terlalu dengar hasutan orang luar yang tak tau apa2.. yang mana baik kita jadikan teladan.. dan yang mana buruk kita jadikan sempadan.. buanglah yang keruh,, ambil lah yang jernih.. jangan diungkit kisah silam yang telah lama pulih.. takot kelak berdarah kembali.. renung2kan dan selamat beramal :)..

yang baik datang dari Allah dan mana yang buruk datang dari ika sendiri.. mohon maaf andai ada tersalah bahasa atau fakta atau typing error.. biasa lah tu,, manusia tak lari dari kesilapan.. ika menaip mengikut naluri, akal fikiran, hati, jiwa dan keseluruhan nya.. takot ada tersalah kata.. harap dimaafi.. sekian~:)

4 comments:

Hazrina Erin said...

jodoh pertemuan di tangan Allah..Allah memberikan jodoh yang terbaik buat kita^^

*47!k@# said...

@Hazrina Erinbetul tu..masa dan dengan siapa tu Allah ja maha mengetahui..:)

syafie said...

betul tu hidup ini mmg penuh dgn dugaan.Tapi ceta mcm tergantung je?
ok dah follow

jom tonton ulasan buku oleh penulisnya di

http://orderbookonline.blogspot.com/p/video-ulasan-penulis-buku.html

*47!k@# said...

@syafiesebab memang nak gantungkan cerita..tak best la kalau suma cerita dah ada ending..(^_^)lgpon memng crite dia blom habes lag..