Sunday, 17 April 2011

MO NAK BAGI HADIAH, HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"


sebenarnya lama dah tengok MO punye contest ni.. rasa macam nak sangat join.. sebab ada benda nak dikongsikan bersama.. tapi,, hmm... try lah dulu ye.. :) sape2 nak join KLIK SINI,, lagipun tarikh tutup lambat lagi.. :)
_____________________________________________________________________________________

Teringat suatu ketika dahulu,, saat surat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sudah mula diedarkan.. Masing-masing menerima surat tawaran itu dan bersorak kegembiraan.. Ika?? Mana surat tu?? Tiada bayangan pun.. Kenapa Ika tak dapat?? Sedangkan Ika memiliki 4A dan 10 kredit.. Masih tidak layakkah Ika pergi dengan keputusan itu?? Sedangkan kembar Ika memiliki 3A dan 10 kredit layak pergi ke IPTA.. Apakah Ika ni memang tak layak ke sana?? Mungkinkah tidak memiliki B menyebabkan keputusan Ika cacat?? Perasaan kecewa menyelinap masuk ke dalam lubuk hati Ika saat itu.. Apakah mungkin kerana terlalu tinggi permintaan Ika saat memilih jurusan ketika Ika mengisi borang UPU.. Kemungkinan juga ya.. Surat2 tawaran dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang sampai di rumah memanglah kebanyakan nya nama Ika.. Jurusan juga bagus-bagus seperti akaun,, jururawat.. ya,, jika diikutkan hati,, mahu sahaja Ika pergi ke IPTS untuk mendalami ilmu akaun itu.. Namun,, Ika bukan lah dari kalangan orang berada.. Maka dengan itu,, Ika memilih untuk ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) sahaja.. Biarpun ketika itu jarak antara poli dengan rumah Ika teramatlah jauh.. Jururawat?? Cerah masa depan?? Ya,, ibu Ika juga menyarankan Ika ke sana sahaja.. Tapi,, minat Ika tidak ke arah itu.. Masih segar diingatan ketika Ika pergi melangkah ke politeknik.. Pelbagai perasaan dapat dirasa.. Terasa amatlah rendah diri dengan Si Kembar yang dapat pergi ke UiTM mendalami ilmu Geomatik.. Terasa berat sangat kaki ingin melangkah.. Kecewa yang teramat kerana sangkaan Ika boleh pergi ke IPTA salah sama sekali..

Di PTSS Ika mengambil Diploma Media Digital (Video dan Pengajian Filem).. Jauh dilubuk hati Ibu sebenarnya tidak merestui bidang Ika.. Namun,, Ika gagahi jua sehingga tamat semester satu.. Kemudian Ika mengambil inisiatif untuk menukar bidang.. Ika berjumpa pihak berkaitan untuk urusan penukaran bidang.. Rupa-rupanya Ika berkelayakan memilih apa sahaja bidang yang Ika ingin ambil di Politeknik.. Sama ada akaun,, hotel dan katering,, elektrik dan elektronik,, keseluruhannya Ika layak dan boleh memilih apa sahaja jenis bidang.. Alangkah bagusnya jika Ika tahu mengenai ini 5bulan lebih awal.. Malangnya jika Ika memilih bidang di luar jabatan atau fakulti Ika,, Ika perlu mengulangi semester pertama.. Ya,, keputusan ini amatlah berat untuk Ika memilihnya.. Samada Ika sanggup berkorban mengulangi semester pertama mahupun Ika teruskan perjuangan dalam bidang seni.. Lama juga Ika mengambil masa untuk memilih.. Ika bertanyakan pendapat keluarga,, kawan-kawan dan Ika juga membuat solat istikharoh.. Ika tiada masalah untuk meneruskan dalam bidang seni,, kerana markah yang Ika perolehi agak memuaskan.. Bermakna Ika tidak gagal.. Puas bertanya pendapat semua orang.. Pelbagai nasihat yang Ika perolehi.. Namun diakhir ayat mereka ialah.. "Terpulang pada diri sendiri.. Jika hati tidak berkenan,, payah juga mahu pergi.. buat lah solat istikharoh.. minta petunjuk dariNya.."

Setelah seminggu Ika berfikir,, akhirnya Ika membuat keputusan memilih untuk meneruskan dalam bidang seni.. Tetapi bukan Media Digital.. Ika mencuba ke bidang Seni Digital.. Seni yang lebih kepada Animasi 2D dan 3D.. Juga seni rekabentuk.. Pada mulanya agak sukar untuk Ika menerimanya.. Kerana Ika masuk dengan tangan kosong.. Tidak berbekalkan ilmu seni lukis yang hebat.. Oleh kerana jalan ini yang Ika pilih.. Maka Ika teruskan jua.. Bermula dari kosong ilmu lukisan,, Ika mula belajar melukis.. Dari lukisan kaku ke lukisan bergerak.. Sehari demi sehari Ika belajar sesuatu yang baru.. Ika ditertawa di dalam kelas dek kerana lukisan Ika yang tampak kaku dan keras.. Dijadikan bahan oleh pensyarah kerana Ika datang dari budak pengfileman.. Ya,, tidak dinafikan bahawa Ika memecahkan rekod jabatan.. Dari pengfileman ke animasi.. sebelum ini ramai pelajar animasi pergi ke pengfileman.. Dek kerana animasi memerlukan ketelitian dan teramatlah remeh bagi yang tidak berminat.. Namun,, Ika menebalkan telinga dan jadikan ia sebagai penyunting semangat.. Nak nanges dibuatnya dan rasa penyesalan mula menular.. Ibu dan juga keluarga memberi semangat agar Ika bangkit meneruskan perjuangan.. Lama-kelamaan Ika mula tertarik dan berminat meneruskan bidang ini.. Ika tanamkan azam dan cita-cita agar Ika berasa semangat untuk meneruskan hari..

Akhirnya Ika berjaya menghabiskan semester dua dan mendapat keputusan yang amat memuaskan hati.. Ika mendapat sijil penghargaan dari politeknik.. Sijil Anugerah Ketua Jabatan yang diberikan kepada setiap pelajar yang memiliki keputusan cemerlang.. Sejak saat itu,, Ika bersemangat untuk meneruskan jua dalam bidang seni.. Baru Ika sedar bahawa seni itu indah.. Sesungguhnya Allah sendiri menyukai keindahan.. Lihat sahaja ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran.. Begitu indah ayat-ayat yang tercatit,, tiada manusia yang boleh menandingi keindahan ayat-ayat suci Al-Quran.. Lihat pula pada ciptaanNya.. Kejadian manusia,, haiwan dan tumbuhan.. Semuanya ada keindahan tersendiri.. Baik dari segi rupa,, corak pada diri,, saiz dan sebagainya.. Lihat pula dari segi kejadian langit dan bumi.. Setiap yang terjadi pasti ada keindahannya tersendiri dan halus keseniannya.. Ya,, seni itu indah.. Cuma terletak pada diri kita bagaimana kita ingin mengindahkan nya.. Janganlah memandang dari satu sudut sahaja.. Perluaskan pandangan.. Teringat Ika pada lirik lagu kumpulan nasyid Raihan.. "berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah.. Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"..

Dengan ini,, Ika bertekad untuk menanam cita-cita dan impian Ika bersama keluarga Ika.. Ika akan tetap meneruskan perjuangan dalam bidang yang Ika sedang ceburi.. Sambil Ika berdoa agar Ika tidak tersasar dari tujuan sebenar kerana seni ini terlalu luas pandangannya.. Cuma kita sahaja yang perlu memilih untuk kearah yang mana.. Semoga Ika tidak terleka dan alpa.. Semoga Ika tidak terpengaruh dek dunia hiburan masa kini.. Biarlah Ika berjalan dengan cara tersendiri.. Semoga suatu hari nanti Ika mampu membawa yang lain kearah yang lebih baik.. Insya'allah.. Mungkin sekarang masih belum mampu kerana Ika perlu memperbetulkan dan memperbaiki cara Ika dahulu.. Perlu menambahkan Iman di dada dan perlu menimba banyak lagi Ilmu.. Semoga nanti Ika tidak terhanyut dibuai mimpi indah.. Amin..

_____________________________________________________________________________________
~sekian~
wassalam

8 comments:

♥CHaRa♥ said...

wah, sayu plak baca pengalaman ika masa di poli;(...

smoga ika berjaya dlm ape jua bidang ika ceburi;)))

fRaMe+LenSeS said...

nice story dik... al the besh in whatever u r doin. ingat dik, siapa pn kita, jadi lah orang yang ingatkan ALLAH, designer y ingatkan ALLAH, arkitek yang ingatkan ALLAH, engineer yang ingatkan ALLAH, doktor y ingatkan ALLAH, tu adlah y terbaik. ;) abg mendoakan.. ;)

*47!k@# said...

@♥CHaRa♥tanx chara..amin :)

*47!k@# said...

@fRaMe LenSeStanx nadh ats segala nasihat berguna:)amin..

angah said...

terbek..

*47!k@# said...

@angahtanx angah :)

Muslimah Optimis said...

terima kasih join ye ika

kadang2 fobia je dengar ayat ni kan "Terpulang pada diri sendiri.. Jika hati tidak berkenan,, payah juga mahu pergi.. buat lah solat istikharoh.. minta petunjuk dariNya.." kita mintak pendapat orang tapi dah lepas bagi pendapat tu disusuli ayat ni pulak kan..hihi

apapun yang adik pilih, lakukan kerana Allah..InsyaAllah diredhai..

terima kasih sudi join. segala update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq

*47!k@# said...

Muslimah Optimis: hee..sama2 kak (^_^)