Thursday, 14 April 2011

memulihkan mata panda

maaf.. doodle tak sempat nak buat.. semalam lepas solat maghrib,, akak ajak teman pergi klinik 1MALAYSIA.. hanya bayar seringgit sahaja per-rawatan.. huu~ kemain ramai lagi yang sakit.. haa,, kitorang dapat no 100.. cantik kan nombor tu?? tunggu punya tunggu akhirnya sampai la giliran kami.. jam dah tepat pukul 9.45pm.. huu~ lame tu kitorang tunggu.. sempat berborak macam2 lagi..

akak cerita pasal gelagat murid2nya di sekolah.. anak muridnya malas2 dan kuat tidur.. dia ceritakan denda apa yang dia kenakan kat budak2 tu.. ada yang liat betul mendengar kata.. haha.. yang lagi lucu time rehat,, salah seorang cikgu tu bercerita..

murid A: cikgu2 dah nak pergi tandas..

cikgu: kamu kene hafal dulu baru kamu boleh keluar..

murid A: saya dah tak tahan ni..

cikgu: oke,, 2+3=??

murid: tak tau

cikgu: 2+2=??

murid: saya tak tau..

cikgu: 2+2 pon kamu tak tahu?? cepat jawab dulu baru boleh keluar.. (sedikit gertakan)

murid: err..

habes basah seluar budak tu,, dah terbuang kat situ.. satu bilik guru tergelak.. ada lagi macam2 cerita telatah anak murid yang sempat akak ceritakan.. ada yang terbuang air besar dalam kelas.. almaklum la cikgu yang ceritakan tadi pernah mengajar budak2 darjah satu.. macam2 lah pengalaman dia ada..

dah siap di klinik,, kitorang pergi kedai beli barang.. sampai2 je di rumah,, jam dah menunujukan pukul 11 malam.. ika pon solat isya'.. lepas tu,, ika pon open lappy ika.. baru je start mendoodle mata ika teroff.. bangon2 je dah subuh.. astaghfirullah,, lappy ika tak shutdown.. terus shutdown laptop.. dah habes solat subuh.. mata ika panda ika merayu minta di rehatkan.. pagi tadi mak long ika sampai umah ika,, nak ambik ibu.. mereka nak turun kuala lumpur nak amek sepupu ika yang dah habes study.. oh dia dah habes.. ika ada lagi setahun.. :( .. sabar2,, sikit je lagi tu..


bila mata dah cukup berehat.. maka terjaga lah ika dengan sendirinya.. yeay! mata panda ika kembali normal.. SELAMAT TINGGAL MATA PANDA!! wee~! kemudian ika terus mencapai towel.. selesai sahaja,, ika pon bersarapan.. err,, sarapan pukul 11.30 :P.. bantai.. lepas tu sapu sampah.. terus on lappy.. tengok2 follower ika tepat2 333.. horay! check comment.. kosong.. bermakna tak ada yang hantar url yang mereka dapat print skrin.. ika print skrin sendiri.. so,, tiada hadiah untuk korang.. haha XD.. ok,, tunggu jap ika nak bagi award.. daa~

4 comments:

CikTomyam said...

heee mata CT pun mcm mata panda gak..weee~~

Hazrina Erin said...

nak print screen skrg leh?diterima tak?hihi^^

*47!k@# said...

@CikTomyamika dah kembali normal..wee~(^_^)

*47!k@# said...

@Hazrina Erinhaha..sory,,dah terlambat..haha XD