Thursday, 21 April 2011

jemputan majlis perkahwinan

siang tadi ika busy,, seharian 'alam snasa' menyepi.. mesti tak perasan kan?? malam tadi sempat postkan satu entri.. mengenai majlis Zed Zaidi.. ini pula nak bercerita kawan2 aka kakak2 ika means kawan2 ika tapi berpangkat akak2.. majlis walimatul urus mereka yang tak dapat ika hadir.. terasa sangat2 nak hadir.. tapi itulah dikatakan kita hanya merancang,, Allah yang menentukan segalanya kan?? bukan maen beriya lagi ika pesan kat mereka semua kalau sudah tiba majlis jangan lupa jemput ika.. berkali2 ika kata macam tu.. sebab ika nak sangat2 tengok mereka bahagia mula mendirikan satu tangga rumah.. alangkah bahagia nya mereka masa tu kan?? bila lah tiba masa ika pula ye.. tunggu jelah ada rombongan datang melamar~

sebelum tu pasang lagu ni dulu untuk lebih feel.. ;)



^gambar dari google^
ika cop tema ni!! jangan amek taw!!
babap nanti..

mulanya akhir tahun lepas adik junior ika jemput ke majlis dia.. ika tak dapat pergi sebab sedang berpraktikal.. dia buat kat melaka.. memang indah sangat bile tengok foto2 dia di facebook.. majlis bertema merah dan putih.. si pengantin ayu bergaun merah.. keceriaan terpancar di raut wajah si permaisuri sehari.. gambar nikah tatkala air mata kegembiraan menitis dari mata si pengantin yang jelita membuatkan ika tersentuh.. pasti air mata itu sangat bermakna bukan.. dan paling syahdu gambar diambil tatkala si pengantin sedang tunduk.. terpancar keikhlasan dan ketulusan hati si pengantin..

tahniah acha.. maaf tak dapat hadir..

kemudian pula bff ika iaitu fatehah mansor menjemput ika ke majlis kakak dia.. sekali lagi berkemungkinan ika tak dapat hadirkan diri sebab ketika itu ika berada di kl dan kemungkinan sedang menjalani latihan memandu kereta.. maafkan ika.. bukan ika sengaja tak mahu datang.. ika kan mulanya memang nak datang.. kejutan yang ditawarkan oleh opah ika di kl membuat ika serba salah.. ingin menolak tawaran opah atau jemputan teah.. ika memilih opah atas sebab opah merindui cucunya dan ingin meminta sedikit bantuan dari cucunya sendiri.. siapa lagi yang ingin membantunya kalau cucunya sendiri tak mau.. maaf sekali lagi buat fatehah mansor.. ika tak sengaja.. seperti yang ika kata kan tadi.. kita hanya merancang,, Allah sahaja menentukan segalanya.. mungkin juga saat majlis akak teah ika dapat balik kedah.. tapi ika tak mahu beri harapan tinggi pada teah.. jadi,, ika wakilkan ibu untuk ke majlis tu.. ibu insya'allah datang..

baru2 ni pula akak senior ika menjemput ika.. malangnya ika masa tu juga di kl.. majlis dia di johor.. ika nak ajak abang ika pergi.. tapi dia bekerja dan juga membuat pembelajaran jarak jauh (pjj).. semuanya kawan2 ika yang rapat dengan ika yang menjemput ika.. ika minta maaf sangat2.. ika terkilan sangat tak dapat hadirkan diri.. ika minta maaf sangat2.. akak senior ika siap buat jemputan melalui laman blog lagi.. dia meminta ika baca jemputan di blog dia.. maafkan ika sangat2.. kalau tak ada aral melintang.. insya'allah ika datang..harap dapat memaafkan diri ini..

7 comments:

fRaMe+LenSeS said...

x sabar tunggu time ika plak la. ;D

*47!k@# said...

@frame+lenses: ika lagi tak sbr tunggu abg punye majlis tau..dekat dh kn??

rara pinkmafia said...

alaaaaa bab nanges yg tak leh tahan tu...huaaaaaaaaaaaaaa.seday.

Dayana AZ said...

musim kawen ea :D

hee. bile kte plak ni kak ika?

*47!k@# said...

@rara pinkmafia: syahdu je tengok kan~mcm nk join nages sekali..

@dayana: yup..kan dh musim cuti sekolah (^_^) aip2..dayana g study dulu..akk dulu baru dayana boleh..tkmo lngkh bendul..haha XD

Acha Mahfar said...

sedihnyee tgok pic tu balik. hehe thanks kak tiQa :)

*47!k@# said...

acha..akak amek gambar ni dr fb awk (^_^)

tengok gambar pon dapat rasa perasaan awak..:')