Friday, 22 April 2011

home make over: azam,semangat dan cita2

seronoknya bila berjaya memake over kan umah.. kalau selalu,, pagi2 lagi ika dah post entri.. bercerita macam2.. tapi tidak untuk hari ni.. sebab nya ika dengan ibu memake over kan umah.. tak lah sampai mengecat.. tapi cukuplah mengatur perabot dirumah dan mengemas keseluruhannya.. yeah! rumah ku tampak kemas dan bersih.. err,, itu sudah semestinya.. tapi kali ni nampak lebih luas.. yeay!

almari di bilik ika dibawa ke bilik pakaian.. opss,, actually bilik ke empat tu bilik akak kedua ika.. disebabkan dia duduk di kl dan cuma balik sini time cuti sekolah je.. maka bilik tu tak ada orang guna.. lagipun tak ada katil dalam bilik tu.. jadi kami letak kan almari pakaian dalam tu.. bilik tu jadi bilik pakaian.. baju ika, kembar ika, k.ngah n auni ada dalam tu.. lepas tu iron board pon dalam bilik tu.. haa,, secara tak langsung bilik tu jadi bilik pakaian.. haha.. lagipon kalau k.ngah ika balik,, dia tak tido dalam tu.. dia akan tido dalam bilik ika.. ika dan kembar pula akan tidur di bilik ibu.. jadi,, apelah salahnya bilik tu dijadikan bilik pakaian.. haha.. terasa bagai duduk di istana.. ada pula bilik khas untuk pakaian sahaja.. (^_^).. almari beg yang sebelum ni diletak kan dalam bilik ika dibawa ke sana tadi.. jadi bilik ika dah luas! cuma tinggal katil, dan meja solek.. juga rak tiga tingkat..

setelah proses mengubah almari setel.. ika mulakan operasi menghalau habuk dengan menggunakan khidmat penyapu.. alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. jadi,, ika basuh kipas sekali.. seronok rasanya bila keadaan rumah dah laen.. yea,, kita tak perlu tunggu raya untuk mengubah rumah.. tak salah sekurang2nya setahun dua kali bukan?? bila kita dah ubah umah,, rasa semangat akan bertambah.. kita akan dapat rasa perbezaannya.. begitu juga pada azam dan cita2 kita.. kalau kita mulakan hari kita dengan azam dan cita2 yang baru insya'allah akan bersemangat kita meneruskan hari kita.. contohnya,, bangun pagi hari ni pasang azam untuk menolong ibu.. insya'allah kita akan berasa semangat untuk menolong ibu.. esok pula bangun pagi,, kita menanam azam untuk fokus belajar,, insya'allah satu hari tu kita berjaya fokus pada pembelajaran.. bila hari2 kita ubah azam,, hari2 kita akan ada semangat.. cukuplah dimulakan dengan satu azam sehari..

lain pula ceritanya dengan cita2.. cita2 kita tahun ini ingin menjadi pelajar cemerlang,, akan datang kita ingin menjadi seorang designer.. kemudian kita ingin menjadi disigner terkenal.. kita perlulah menanam cita2 tu step by step.. kalau kita terus menanam cita2 ingin menjadi designer terkenal,, kan memakan masa lebih lama,, dan berkemungkinan besar kita akan cepat jemu.. dek kerana kita merasakan terlalu jauh cita2 kita untuk dikejar.. sebab tu lah ika kata ubah cita2 dari masa ke semasa mengikut peredaran masa dan usia kita.. tanam cita2 untuk setahun.. setelah berjaya,, tanam pula yang baru.. dan begitulah seterusnya.. insya'allah kita akan terus bersemangat mengejar cita2.. bak kata pepatah,, sedikit2 lama2 jadi bukit..

eh,, sambil2 ika bercerita sambil2 bagi motivasi.. untuk manfaat bersama.. peringatan untuk ika juga.. oke,, continue.. akak sulung ika alergik dengan habuk.. jadi dia buat keje laen.. sementara kami mengemas.. dia sempat membuat gubahan.. yeay! satu gubahan siap!

tadaa~


huih,, sempat letak nama sendiri lagi.. haha..


try letak kat bilik ika.. mstch jugak kan dengan meja solek (^_^)


minta pendapat sikit,, oke tak gubahan dia??(^_^)

No comments: