Monday, 7 March 2011

untung mereka miliki awak

Sejak pertama kali saya ternampak awak di pusat membeli belah, tidur saya, makan saya, mandi saya semuanya saya uruskan tanpa sedar. Setiap perbuatan saya, saya lakukan tanpa memikir apa-apa. Dalam fikiran saya cuma ada awak. Jelingan mata awak membuatkan saya tidak dapat memadam wajah awak dari minda saya. Kenapa?? kenapa awak menjeling saya dengan jelingan menggoda?? Oh tidak. Saya bagaikan terapung di awangan. Saya dah tak tau lagi ape yang saya perlu lakukan untuk hilangkan angan-angan kosong ni. Saya tau awak tak pernah terfikir dan tak perasan pon wajah saya masa tu. Saya sedar bahawa saya cuma berangan-angan bagai angan-angan mat jenin. Ye, saya tau yang saya tak patut pasang angan-angan seperti itu. saya juga tau yang awak tak pernah ambil tau tentang kewujudan saya. Memang saya yang bersalah kerana selama ini saya tak pernah nak beritahu awak tentang perasaan saya. Saya mengaku yang saya malu untuk menyatakan hasrat saya pada keluarga terutama pada awak. kerana saya tak mahu digelar perigi cari timba.

Awak, saya tau saya tak layak untuk awak. Cuma saya nak awak tau yang saya sangat-sangat inginkan awak. Ingin awak jadi milik saya seorang. Ingin awak menyunting saya. Tp apakan daya, saya tak mampu. Saya tau saya tak berhak memaksa awak bersama saya. Saya sedar, saya cuma insan biasa yang lemah lagi kerdil. Berbanding awak, sangat-sangat berbeza dengan saya. Awak hensem, segak lagi bergaya, selalu dapat perhatian dan yang paling penting, harga diri awak sangat tinggi. Saya tak nafikan bahawa saya berasa sangat-sangat cemburu apabila awak dikerumuni orang ramai. Awak sangat terkenal. Lagi-lagi awak sekarang sudah menjadi model iklan dikaca tv, surat khabar, internet dan mereka juga sediakan banner untuk iklan awak. Maklum la, awak kan hebat, banyak kelebihan dan paling penting pekerjaan awak sangat dicari semua manusia masa kini. Awak juru foto terkenal. Hasil karya awak sangat dikagumi mereka.

Saya tak nafikan, semua orang tak akan memandang awak sekali sahaja. Pasti mereka akan berpaling semula. Kalaulah saya miliki awak, ke mana sahaja saya akan sentiasa bersama awak. Bukan untuk menunjuk-nunjuk yang saya sudah miliki awak. Tapi, sebab saya sayang sangat-sangat kat awak dan xpernah terfikir nak lepaskan awak. Saya akan pastikan yang tiada seorang pon culik atau curi hati awak dari saya. Saya akan jaga awak sebaik yang mungkin. Mungkin awak tak percaya dengan kata-kata saya. Tapi, itulah janji saya pada awak. Calar sedikit pon tak akan saya biarkan. Saya janji akan buktikanya jika saya miliki awak. Sudikah awak menerima saya?? Saya hanya mampu menyatakan hasrat saya di dalam blog saya. Saya belum mempunyai kekuatan untuk menyatakan pada awak secara berhadapan. Saya cuma harap yang awak akan baca luahan saya di sini suatu hari nanti. Cuma satu yang saya ingin sampaikan, SAYA CINTA AWAK..



first love story written by me..jiwang x??hehe..

8 comments:

al_hakim said...

jiwang2..huu

| cik azeya | said...

wah. sangat comel. :)

Muslimah Optimis said...

heheheh..dah agak dah kamera... semoga berjaya memperolehi cintanya..hehe.nanti buleh tangap gambaq MO

*47!k@# said...

@al_hakim hehehe..jiwang kan??ika pon xsngke ika sejiwang ni..haha

*47!k@# said...

@| cik azeya | wah..jgn amek kekasih hti ika..dy milik ika sowg je..xmo puji2..hehe..

*47!k@# said...

@Muslimah Optimis hehehehe..tulah kan..egt xmo buh job dy..tp xpelah..dh boh gk..hehe..no hal lah..contact je ika bile perlu nnti..hehe..tupon lau dh miliki cinta hti ni..:)

Syazwani Mazlan said...

ika jiwang!!!! hahahaha

*47!k@# said...

@Syazwani Mazlan muahahaha..wani!!jgn curi pakwe ika taw!!dy milik ika sowg..haha:P